How To Make Your Friend Hate You

Copy bulat2 dari my beloved sis   http://nadiracintamusick.blogspot.com/2011/03/how-to-make-your-friends-hate-you.html

Thursday, March 31, 2011

How To Make Your Friends Hate You?

Hmm, lepas tengok cerita ‘How To Lose A Guy in 10 Days?’ tiba2 rasa nak jadi PENULIS ruangan ‘How To…?’ pulak! Seronok pulak tengok watak Andie tu jadi penulis dengan gelaran the ‘How To…?’ girl. Tapi agak-agak reti ke aku ni menulis? Nampaknya belog ni akan jaditempat aku tunjukkan bakat. Aku nak buat belog ni sebagai belog ‘How To…?’ aku! Yay!! Eh2, sukati aku lah kan? Dah tentu belog aku &dah tentu aku yang bayar internet yang aku pakai (Bayar ker???). Ada orang baca ke tak, tu belakang kira~ Selamat mencuba Nad!

Jadi, mari kita mulakan entri How To…? kita yang PERTAMA!!! Ini percubaan saja ok, kalau agak-agak tak sesuaiiiii, akuQUIT lah nanti. Ngeeeee~

.

.

.

.

.

.

“How To Make Your Friends Hate You?”

::Senang je nak buat kawan-kawan kita benci kat kita. Selain daripada merampas kekasih diorang, korang juga boleh cuba perkara-perkara di bawah ni, selamat mencuba membaca ok!::

  1. Pernah tak korang ada kawan yang rendah diri sangat2 dengan penampilan diri dia? Dia seorang yang bertubuh agak gempal, tak berkeyakinan, dan selalu sukar untuk memilih pakaian. Kalau korang ada kawan macam ni, korang pujilah dia selalu. Tak kira apa yang dia pakai, korang belasah jela puji dia melambung-lambung. Walaupun dia pakai ala-ala badut tak siap, korang pujilah jugak supaya dia rasa gembira. Lepas tu, kat belakang dia korang kutuklah dia kaw-kaw!! Korang gelak sampai lebam then canang pasal pemakaian dia kat kawan-kawan yang lain. Lagi best kalau korang umpat dia kat kawan-kawan baik dia sendiri. Dengan teknik ni, confirm si mangsa atau kawan korang ni akan benci yang amat kat korang!

2. 2. Korang ada kawan yang serba serbi lebih dari korang? Lebih cun, lebih famous, lebih pandai dan lebih lemak kurus daripada korang. Pendek kata, semua dia lebih lah. Pastu korang pun rasa iri hati dan jaki dgn dia ni. Apalagi, khianat lah! Oleh kerana dia serba serbi lebih, korang patut plan untuk jatuhkan dia. Contohnya: masa final exam, korang tak payah bagitau dia jadual bas, tak payah call dia kalau dia terlambat bangun, tak payah bagitau dia yang jadual exam dah tukar, dan jangan sesekali bagitau dia apa yang keluar dalam exam! Itu kalau dia jenis kurang ambik tahu hal2 macam ni. Kalau tak berjaya, try korang jatuhkan dia dengan cara memfitnah dia. Cerita la segala benda buruk tentang dia kat semua orang termasuklah makcik cleaner dan abang buat air. Kalau cerita tu kurang sensasi, tambah la pasti sedap atau cukup rasa supaya orang lebih berselera untuk percaya. Kalau korang berjaya buruk-burukkan dia, sure dia akan benci korang lepas ni.

3. cara seterusnya untuk dibenci kawan-kawan adalah dengan membocorkan rahsia kawan korang. Setiap persahabatan mesti ada rahsia kan? Senang je cara ni. Mula-mula korang korekkkkkk dalam-dalam rahsia kawan korang. Jadilah manusia yang paling dipercayai oleh dia dan menyamarlah sebagai pendengar yang baik. Bila dah dapat tau semua rahsia dia yang dahsyat-dahsyat, ceritalah pada seorang demi seorang kawan korang yang lain. Berlakon lah sikit konon-konon korang share rahsia tu sebab korang tak tau macamana nak handle masalah si mangsa tu. Pretendinglah jadi manusia yang prihatin dan suci. Then bila dah terkantoi yang korang sibuk canang rahsia tu sana sini, cakaplah pada dia yang korang ambil berat hal tu dan berniat nak selesaikan masalah dia. Kawan korang tu mesti akan rasa dikhianati dan malu yang amat sangat sebab rahsia dia dah tersebar. Masa tu, tiada maaf bagimu pada korang!

4. Korang jugak mesti ada kawan jenis sensitif dan mudah terasa kan? Dengan kawan jenis ni, lagi senang nak bagi dia benci kat korang. Bila kawan korang ni tengah bersedih domba dan bermuram durja, korang abaikan jelah dia dan buat macam korang tak sedar yang dia tengah sedih. Korang hang out je macam biasa dengan kawan-kawan lain dan cakap pada yang lain, yang dia tu mengada-ngada tak nak ikut dan sengaja tarik perhatian orang. Korang kan ratu drama, mesti yang lain lagi percaya korang daripada dia! Bila di depan si sensitif ni, korang ceritalah korang hang out kat mana tadi, makan apa & esok nak pegi mana pulak. Mesti si sensitif ni bertambah sayu dan sedih dengan tindakan korang. Kalau lama-lama korang buat macam ni, lama-lama dia akan menjauhkan diri daripada korang. Mungkin dia tak benci korang, tapi agaklah nak kawan dengan manusia macam korang ni lagi!

5. Kalau semua kat atas ni masih gagal mencapai misi korang untuk dibenci oleh kawan-kawan, apa kata korang try cara yang paling celaka ni. Cara ni terbukti berkesan di kalangan perempuan-perempuan yang memang suka memecahbelahkan persahabatan yang terjalin. Nak tau macam mana??? Mengumpatlah… Paling senang dan paling berkesan! Bila kat depan si Bedah, korang ni memang pijak semut tak mati. Korang adalah kawan dia yang paling setia dan sejati. Then bila kat depan si Markonah, korang umpatlah si Bedah cukup-cukup! Begitu juga bila di depan si Melah dan Kak Limah. Habis semua korang umpat dan plus-plus fitnah sikit. Tokok tambah tu penting beb, nanti tak sensasilah kalau tak bubuh perisa. Kiranya tak ada sesiapa pun manusia atas dunia ni korang tak umpat, semua kena sama adil! Lagi best kalau korang dapat laga-lagakan diorang. Laga-laga sampai perang besar meletus! Bila kes macam ni terkantoi, hah sedaplah korang kena benci sampai mati!

So,camne?? Untuk ‘How To…?’ yang pertama ni aku buat PENDEKje. Sebab tak buat research sangat. Just gunakan pengalaman sendiridan pengalaman orang kat sekeliling aku. Apa yang aku cuba sampaikan jangan pulak korang salah faham. How To…? yang ni tak semestinya perludiikut bulat-bulat. Ianya sebenarnya satu sindiran dan apa yang perlu dilakukan adalah PERKARA SEBALIKNYA. Apa yang korang baca adalah apa yang korang tak patut buat dalam persahabatansebenarnya. Jadi, kepada sesiapa yang rasa-rasa berbulu baca How To…? yang pertama ni tadi, patut baca lagi sekali & fikir kat luar sipi kotak ok? Tapi kalau ada yang nak cuba buat jugak, ikut koranglah. Masing-masing dah besar kan, tepuk dada tanya sakit ke tak ok??ChiLL😉

Enjoy reading?? Or do u need me to translate?

This is a very interesting articles. Im in lecture now, so insyaAllah, I’ll translate the articles later ok.

This article really shown what is happening today. To become a good friend, & befriends, we must know our limit and learn ways friend must acts.  Im not forwarding this articles to anyone else, instead, Im taking it to myself. InsyaAllah, I’ll learn to be better. ^_^

Posted on April 1, 2011, in Tutorials & Classes. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. sabo jewk la…hahahhaa

Leave a reply to KimiYun Cancel reply